Saturday, August 28, 2010

ASHABUL KAHFI DI PUTRAJAYA

~12 Ramadhan 1431 H~

(Ingatlah) ketika pemuda-pemuda itu berlindung ke dalam gua lalu mereka berdoa, "Ya Tuhan kami. Berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah petunjuk yang lurus bagi kami dalam urusan kami."- AlKahfi:10

"Mushaf tercinta dalam genggaman. Bait-bait ayat Allah mendalam. Kadang-kadang tegas berbekas, kadang-kadang tenang mendamaikan. Hebat Allah. Subhanallah…"

Dahulu, sirah ada mencatatkan kisah 7 orang pemuda. Pemuda yang sanggup berhijrah keluar untuk menyelamatkan aqidah, Iman kepada Allah. Pemuda-pemuda itu berlindung di dalam gua. Lalu Allah takdirkan, mereka tidur. Lelapnya mereka hingga ratusan tahun.

Cerita ini masyhur sahabat-sahabat. Sangat. Justeru, kita kisahkan riwayat ashabul kahfi yang tercatat dalam sirah di lain hari. Kerana entry ini, tertumpu kepada ashabul kahfi abad moden. (hehehe..ye ke?)

Jika ashabul kahfi yang masyhur itu 7 orang pemuda, maka ashabul kahfi yang ini adalah 8 orang mujahidah setia. Alhamdulillah, dikurnia Allah, teratak aman dan tenang bernama KAHFI. Meski bukan cukup lengkap or..orang kampung kata fully furnished, but it's enough for us.

Selagi mana azan dan iqamah bebas berkumandang, selagi mana tegaknya tiang-tiang Iman dalam diri penghuninya, selagi mana dengungan AlQuran bergetaran di setiap penjuru rumah, selagi mana gahnya saf-saf kukuh solat jemaah, selagi mana hidupnya akhlak sebagai individu muslim terjaga, selagi itulah rumah yang tak seberapa ini cukup bagi kami. InsyaAllah..

Terus, Ramadhan kali ini tidak dibiar sepi, sama dan hambar. Ashabul kahfi menziarahi rumah Allah di Putrajaya: MASJID BESI. Melepaskan sebentar penat lelah yang berpanjangan. Perjuangan yang belum selesai di lab masing-masing. Alhamdulillah. Takdir Allah. Sampai juga kami akhirnya..Moga gambar ini mampu bicara sejuta bahasa, menggambarkan sejuta rasa.

         
"credits to k.Ili..amik gambar kitaorang =)"

~ASHABUL KAHFI~
-Ms. Atikah (Habib AlWafiy)-
-Ms. Siti (Sufi AlFaruqi)-
-Ms. Aish (Baiduri Nurani)-
-Ms. Ili (Huruninn.a.k.a Ude..hehe)-
-Ms. Mira (Mirae Sharks)-
-Ms. Muna (Budak Muna)-
-Ms. Aidah (JPA girl)-
-Ms. Zaimah (Ayak..M16??? Hehe..kak suksis)-


P/S: Kalau di fatrah Ramadhan, Maghfirah, kita dah mula pecut dan bersedia untuk Fatrah 'Itqun Minannaar (pelepasan dari api neraka), maka kami pun juga turut lakukan pecutan untuk Lab Work (tesis) masing-masing. Hehe. Jom, meter 150 km/j, gear 5!

6 comments:

N A U R A H said...

Saf2 terpilih, insyaAllah..hebat kamu habib =P

skrng da masuk gear 7..=(tggu terbakar jep..

voltox said...

wah bila korang pergi ni..sy gi hari khamis hrtu..best la masjid tu..semua dibuat dari besi..kecuali selipar sy je=p

apa pun imam pak arab tu bc best la..serius

cuma lauk je abis masa berbuka hrtu..sbb sgt ramai org..

voltox said...

oh ye..lupa..ayat habib mmg puitis la..kagum sy..berbakat..tp sayang..masa dtg lab AAS sy dulu..dia dtg paling lmbt=p

Unknown said...

to Sufi: Hoho..kite ade gear 7 ea? Acem ade kot.. =p

to en.Voltox: Kitaorg pegi ari ahad minggu lepas, 22hb. best2. sume best. rase mcm duk kat RAUDHAH mcm dlm filem syukur 21 (raihan tu..)

dtg lambat lab.. minta maaf cg. =p

Aishah Wahab said...

bila ye kita nkg lgi??

hrp ni bkn pertama n terakhir 4 ashabul kahfi..

seorang hamba~ said...

ashabulkahfi di hati..syg kamu semua=)