Oleh: Mujahid Syed Qutb AlMashoori
Aku katakan padamu,
Suatu petang masa dahulu,
Mataku terpandang dan terpaku,
Pada kaktus kecil bertapak sepi,
Duduk sendiri minta diperhati,
Minta dibelai dan dimanjai,
Minta dijaga dan dimengerti,
Tersentakku pada tawaduknya,
Terkelu lidahku pada semangat juangnya,
Berdiri sendiri namun tak pernah peduli,
Pada angin, pada dingin malam dan panas mentari,
Aku tersentak dan terpaku,
Mengapa aku tidak seperti kaktus itu,
Sabar dan khusyuk dan gersangnya tanah,
Pasrah dan redha dengan kehendak Allah,
Biar tangan ini menjadi pasu barumu,
Biar tangan ini menatang sunyi hidupmu,
Biar air mata ini berlinangan menyiram gersang tanahmu
Biarkan…
Kerana hati ini teringin,
Belajar hidup seperti kaktus kecil itu,
Matang dan membunga dalam gersangnya tanah,
Bergerak dan berjuang dalam air mata darah,
Sabar dan tabah memerangi amarah,
Redha dan rela dengan kehendak Allah.
Kepada Dia jiwa ini kuserah,
Moga aku dan kamu istiqamah dalam kebenaran,
Biar tersadung dan terperangah dalam perjuangan,
Janji kalimah Allah kembali megah dan gagah,
Atau kita semua mati dalam syahadah,
Kerana kaktus kecil itu mengajar erti bersusah payah,
Berjuang dan istiqamah dalam melaksana kehendak Allah,
Dalam rekah, perit, kasar dan gersangnya tanah.
ALLAHUAKBAR!
~Sisa-sisa Ramadhan~
Ekspresi mengutip kembali semangat yang hilang;
Sajak ini yang sentiasa beriringan, menemani sepanjang jalan;
Sejak awal perkenalan perjuangan;
Masih lagi menemani dikala mendaki kematangan;
Moga terus jadi api semangat hingga menuju kematian.
4 hari lepas, SANAH HELWAH ya ATIKAH.
p/s: Ingin terus jadi Habib AlWafiy
Moga bertemu apa yang dicari.
Assalamualaikum.

3 comments:
Suka pada sajak..tp stiap kali karang mesti mengerikan bila baca balik..
macam sotong kt pasti..
tahniah habib!
ni bukan wat..syed qutb tulis...
ye..sajak syed qutb tu sgt mendalam..
tapi kata2 awk kat bawah tu pun cukup puitis..kagum sy dgn awk..eheh..hebat
Post a Comment