Wednesday, August 11, 2010

"Sedang terhadap barang yang halal dia boleh menguasai diri..."

"Mahu saja rasa putus asa..Namun, Allah itu ada." -Picture by sscilence: deviant.art-

Hari-hari penat sebelum ini dilalui dengan tegar. Ada tiupan semangat dengan sedar Tuhan manusia bagi.  Hari ini, bulan ini. Bulan baik. Amat baik. Amat baik di mana jiwa-jiwa beriman dan murni dilihat bertemu dan bersatu. Semuanya terarah, mengekang nafsu syahwat dan nafsu perut walaupun yang tersedia di depan mata adalah HALAL. Ya..Walaupun halal.


Diri terdidik untuk memastikan agar Iman merajai hati melebihi nafsu yang tetap jua enggan tunduk pada Ilahi. Iman sahabat…Iman. Apa yang kamu buat sekarang adalah proses mengembalikan diri kamu pada fitrahnya, meluruskan Imannya, memperbaik sistem badannya, meningkatkan ruh spiritualnya, macam-macam manfaat lagi yang kamu sendiri boleh nyatakan…

"Puasa bukanlah semata-mata ujian dan percubaan atas kekuatan dan kesanggupan memikul tugas. Bukanlah ia suatu beban berat yang dibelakangnya tidak ada maksud."

"Ia adalah latihan dan didikan. Ia adalah pembaikan agar pembersihan. Ia adalah pembentukan akal dan budi. Ia adalah penaklukan hawa nafsu kepada akal murni."

"Keluar dari latihan itu manusia, atau khalifah Allah itu menjadi utama dan kuat. Dapat mengatur dirinya sendiri, menakluk syahwatnya kepada cita yang tinggi."

"Sedang terhadap barang yang halal dia boleh menguasai diri apalagi yang haram."

kata Pak Hamka. Dalam bukunya, Tuntutan Puasa, Tarawih dan Solat Aidilfitri.

Saya kongsi dengan sahabat-sahabat setakat mana pembacaan saya. Justeru, moga ada sedikit manfaat yang boleh saya ambil sahamnya untuk akhirat.

Hari ini, bulan ini. Rindu pada insan-insan kesayangan bertambah. Moga bersih hati, lurus niat, murni Iman ini kami kongsi bersama. Jua dengan sahabat-sahabat sekalian.

"Rindu amat. InsyaAllah..kita akan bertemu lagi. Suatu masa nanti." 

Selamat beribadat dengan tenang.
InsyaAllah... kita jumpa lagi.
Melangsaikan amanah dan hutang yang masih berbaki.

Moga bertemu apa yang dicari.
Assalamualaikum.

No comments: