"Bagi Abi, Abi pilih ukhuwah."
"Sebab rukun dalam usrah berkait rapat dengan rukun ukhuwah."
"Yang mendasari usrah adalah ukhuwah. Jika tak da rukun, tak jadi usrah."
Jelas Abi, penuh pengertian bila mana membuat rumusan awal setelah mendengar jawapan-jawapan kami ketika dilontarkan kembali tajuk bersifat pertanyaan itu.
KENAPA KITA PERLU BERUSRAH?
Saya selitkan sedikit muqaddimah 'Bingkisan dari ABI ..part 1' agar sahabat-sahabat dapat refresh sedikit apa yang disentuh sebelum ini.
Jikalau ditangga pertama adalah UKHUWAH, usrah adalah wasilah untuk kita bina hubungan, maka yang keduanya kita perlu berusrah untuk mendapatkan kefahaman. Iaitu kita sebut dalam bahasa arabnya, ALFAHMU.
ALFAHMU
"Usrah membawa kepada faham."
"Mendalami ilmu ini adalah dengan beramal, merasai, mendalami ilmu itu. Bukan sekadar belajar."
Abi mengamati seorang demi seorang. Berdoa agar yang mendengar ini juga mendengar dengan konsep alfahmu yang disebutkan barangkali.
"Tarbiah adalah proses di mana mereka yang diberikan ilmu untuk diterjemahkan dalam amal."
"Indicatornya bila tumbuh segala bentuk kebaikan dalam diri seseorang bila memahami agama. "
"Justeru, perkara ini ada dalam usrah. Berlaku dalam usrah."
"Usrah bukanlah majlis ilmu tetapi untuk dapat ilmu. Ada ilmu. Disentuh untuk menjadi pengubah dalam jiwa manusia. Bukan tempat perbahasan!"
Abi menegaskan. Yang lain angguk, alfahmu. Yang tersengguk pun terkejut mengangguk. Alfahmu. Mendalam benar maksud alfahmu dalam proses tarbiah ini. Disentuh untuk kita terjemahkan dalam bentuk tindakan. Agar ilmu itu bukan sekadar lekat di kepala dan di dada, bahkan sudah menjadi sebahagian dari diri.
"Dalam usrah bukan hanya ada ilmu, tapi turut juga ada fikrah."
"Sebab tu fikrah penting untuk bentuk dan ubah individu."
"Fahami agama melalui nas, menjalankan perbahasan seterusnya membuahkan tindakan."
"Mendalami agama dalam usrah hingga terbitnya tindakan untuk perjuangan Islam. Di situlah akan membuahkan gerakan Islam."
Begitu relation nya. Dahulu, kefahaman saya pun samar-samar. Kita refresh kembali perkara-perkara berlaku sekitar usrah di sekolah, matrikulasi dan sebagainya. Untuk Islam. Bukan untuk kepentingan diri. Itu harus diingat.
"Sekadar pengajian, orang akan seronok. Apatah lagi menjadi mustami'(pendengar). Tanpa ada taklif @ assingment. Fenomena ini tidak sihat." Terang Abi lagi.
Kita terikat dengan silibus. Cane?
"Kita jangan terikat dengan bahasa, word by word, corak dalam silibus. Tapi amik contentnya dan sampaikan mengikut cara kita."
Abi ada sebut. Seorang ulama sufi, Sheikh Abdul Qadir Almandiri; Penawar bagi hati ada sebut tentang bagaimana nak terang beza tauhid rububiyah dan uluhiyah ni. Simple je beliau cerita dan jelaskan. Mudah untuk faham.
Tauhid Rububiyah @ juga disebut Tauhid Af'al ini ialah tauhid yang berkaitan dengan perbuatan Allah Taala.
Tauhid Uluhiyah adalah tauhid yang berkaitan dengan perbuatan hamba apabila beriman kepada Allah.
Modul Paksa
Terus, untuk menceriakan suasana dan mencerahkan mata, Abi bagi satu modul paksa tengah-tengah kuliah. Haish!...Abi nie. Sempat agi.
"Abi bagi pada antum, ada seekor kambing, yang ditambat dengan tali pada sebatang tiang. Apa yang antum boleh terjemahkan????" Hahaha…
"Hah! Yang tudung pink? Jawab… nti. Apa pandangan nti?"
Muslimat ni kena ransang. Diorang memang suka senyap je time usrah dan kuliah. Haish.. Xda respon. Setelah yang tudung-tudung pink suma jawab..Abi minta respon dari yang len plak.
"Hmm... Yang tudung biru plak. Abi tak kenal nama..panggil ikut warna tudung je lah.." semua muslimat sipu-sipu plak dah. Ada gak yang wat muka blur..xtau nak jawab ape.
"Hah, nti. Jawab."
"Em..Kambing tu diibaratkan seperti diri kita…dan…" belum sempat lagi muslimat tu jawab abes, semua dah gelak-gelak. Haish!
"Berjaya modul Abi ye. Haha. Sampai antum mengaku antum ni kambing. Bukan Abi kata. Dia kata." tersenyum Abi tengok anak-anaknye yang tergolek-golek gelak.
"Yang kambing tu..diibaratkan macam kitalah. Tali umpama aqidah dan tiang diibaratkan Allah. Kita ini terikat dengan Aqidah kepada Allah." Terang muslimat tadi…sambung ayat yang belum sempat habis.
"Apa jadi kalau tak da tali??" Abi bertanya.
"Kalau tak da tali, kambing akan berkeliaran x tentu arah..Mungkin ada serigala akan makan." Jawab muslimat tadi.
Serigala plak dah… Pecah berderai ketawa suma. Lagilah tergolek-golek.
"Ni serigala datang dari mana? Pelakon tambahan plak dalam modul Abi? Xpe-xpe. Teruskan.." Abi pun layan je lah kan.. Nak wat cane. Anak-anak..
Usai sambut-sambutan gelak, Abi menjelaskan kembali modul tadi. Kambing ditambat, tapi masih lagi boleh makan, minum, bergerak dan melakukan aktiviti-aktiviti keperluannya. Tapi bergantung kepada panjang tali itu.
"Samalah dengan kita. Kita buatlah apapun apabila kita ditambat dengan aqidah. Tetapi dalam batasan. Jika kambing cuba lepaskan diri, bahaya pada kambing tadi. Dia tiada arah. Silap-silap kena makan dengan serigala tadi." Tersenyum Abi..
Modul paksa ni boleh buat dalam usrah. Nak variasikan pembawaan usrah agar tak satu hala sahaja. Biar menarik dan tertarik. Kalau modul-modul untuk bab aqidah dan perjuangan, Abi ada share boleh cerita pasal kisah para sahabat. Mus'ab bin Umair, Saad Abi Waqas, Bilal bin Rabah..dll.
Yang pertama tadi kita perlu berusrah untuk UKHUWAH, jadi yang kedua, yang kita sentuh disini adalah ALFAHMU.
To be continue...
3 comments:
penyembahan y menarik..kamu sentiasa hebat habih al wafiy..!=)
lagi...lagi....hehe
*beginilah nasib seorg budak yg x dpt hadir sama...menunggu perkongsianmu lg, sahabat...:)
Haish! lepuk siti ni kang!
Lili: Hutang ngan sahabat...tengah membayor nih. hehe. sabar ek. =)
Post a Comment