Hari in saya mahu menulis lagi. Tentang hal-hal berkaitan diri. Mungkin tiada ilmu yang dikongsi dalam entri kali ini. I'm sorry.
Ribut-ribut hati bergema.
Ku laungkan penuh kuat
Bersama petir guruh cepat-cepat
Aku mahu habisi segala rasa ini dengan pantas
Biar hilang panas
Namun gema-gema itu hanya dalam gua-gua diri
Laung sendiri dengan sepenuh hati
Ekspresi..biar hanya dalam dunia kecil ku ini
Allah, tak sangka ada yang perasan
Rupanya ada aliran perasaan
Terus-terusan rasa itu berpanjangan
Untuk manusia yang bukan untuk dipersalahkan
Saya minta maaf.
Justeru, Allah, aku mohon tiada lagi yang perasan
Aku mohon di bantu
Tiap-tiap saat pecah dada
Aku mohon bertenang
Tiap-tiap saat susah hati dan kekalutan
Aku mohon wajah mampu ukir senyuman-senyuman
Seperti selalu
Tiap-tiap saat hati menangis dan kesusahan
Saya..memang ada keterujaan melampau.
Ya Rahman, aku mohon keterujaan itu tetap
Jika itu yang terbaik
Walau diri dihadapan, belakang, kiri dan kanan
Hancur lenyap tanpa tulang, habis direntap ranap
Ya Rahim, aku mohon kasih sayang dan cinta yang berpanjangan.
Walau diri ini,
Tak mampu setanding dengan orang-orang yang mencintaiMu
dengan kecintaan berterusan.
dengan kecintaan berterusan.
Cerita Habib:
A + B ------------- ----------> A + B + E ---------------------------> A + B complex
addition of E transition reaction complete, new compound
state removal of E
A, B = substrate
E= enzyme
A+B+E = transition state product
A+B = reaction product
Dan kali ini..tiada gambar. Kerana ianya terlalu hati.
Habib AlWafiy
Tmn Impian Murni
Februari, 4 2011
Bersama Keluarga tercinta, Alhamdulillah
3 comments:
Aliran perasaan.. Hmm.. sy juga mta maaf..
wujud satu kisah disini...
kisah persahabatan 2 sehati...
si A dan B, Substrate nama diberi...
mrk perlu tempuh "transition state" & mengenali E...
utk mencapai ikatan yg hakiki....
"Maafkan Saya Andai kehadiran saya Menimbulkan pelbagai ekspresi..."
Monolog E lantang gemanya waima didlm hati....
Post a Comment