Tuesday, February 1, 2011

IMPIANA @ HABIB7HARI



Salam IMPIANA..


Dahulu, kisah KAHFI sering saya ulang-ulang. Kali ini, saya di IMPIANA..IMPIAN KAMI. Dan mulai hari ini, ceritera-ceritera IMPIANA turut akan menghiasi laman ini. InsyaAllah.

Dan…entri ini panjang.
Alkisah Impiana ini saya ingin selitkan beberapa monolog dalaman yang terkeluar.
Mohon bersabar dalam membaca. =)


IMPIANA DAN MALAYSIAKU


Kisah berkenaan tempat lahir saya..dan mungkin sama seperti kamu, Malaysia tercinta.

Ahad lepas, dun Tenang sekali lagi menulis satu kisah sejarah. Ya. Keputusannya PR kalah..dan MAJORITI menang dipihak lawan. Sungguhpun begitu, ironinya Malaysiaku, sudah ramai cendikiawan yang mula MELEBAR BERTEBARAN di seluruh tanah air dengan muncul pelbagai universiti-universiti yang dikatakan gedung ilmu dan tempat untuk mencetak ramai ilmuan, namun rakyat Malaysia masih lagi berpemikiran seperti dahulu. Dahulu maksud saya, apakah MAJORITI rakyat itu tidak pernah tahu dan perasan bahawa mereka berkali-kali ditipu dan diperbodohkan?

Terus, peranan mereka yang MELEBAR BERTEBARAN itu perlu terus kritikal. Orang berilmu ini tugasnya menyampaikan dan mengamalkan. (Hoh! terasa dengan ayat ini!)

Sungguhpun begitu, secara peribadi saya amat kagum dengan mereka yang terus MELEBAR BERTEBARAN dengan penuh sedar dan bangkit bertindak. Segar, berani dan cabar mencabar terhadap perkara yang mereka PASTI. LIhat saja mesir kini...mereka bangkit! (link)

Sudah dikatakan tadi..sekadar monolog dalaman terkeluar. Mahu fakta, cari di google dengan penuh rasa ingin tahu dan cakna. Pasti bertemu sesuatu. insyaAllah.

UBAH SEKARANG DAN SELAMATKAN MALAYSIA!


IMPIANA DAN IDEAS


Setelah beberapa hari menghuni IMPIANA, jauh dari KAHFI, serasa sunyi dari gerak geri dahulu. Terus, diubati rindu satu persatu, sehingga bertemu seorang sahabat, Hilman Idham. Terubat sedikit. Serasa kembali membahang semangat dulu. Macam kita nak hidupkan api guna arang lepas barbeque. (hehehe)



IDEAS dah datang ke UKM. Congrats! Tahniah! Mabruk! Untuk mahasiswa/wi UKM dan mereka yang terlibat secara langsung atau tidak. Memulakan langkah dengan cara terhormat, terus jujur  kata, saya mula terasa bahang pilihan raya kampus yang kian dekat. Menariknya, kali ini kita dihidangkan dengan perbentangan ilmiah penuh gagasan idea dan kejernihan fikrah. Masing-masing yang hadir ada rasa wehdah (kesatuan) untuk melihat Malaysia ke arah negara yang semakin maju, bersih dan mampu mengeksploitasi kemampuan dan hasil yang ada untuk rakyat.

Saya kira, mereka yang hadir antara orang yang MELEBAR BERTEBARAN dengan penuh SEDAR DAN BANGKIT. Sekarang zaman intelektual. Manusia yang ingin SEDAR DAN BANGKIT mahu kenyataan-kenyataan yang jelas, berfakta dan konkrit.

Katakanlah (Muhammad),"inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan yakin, Mahasuci Allah, dan aku tidak termasuk orang-orang yang musyrik."  -Surah Yusuf: 108

Untuk IDEAS, bleh terus rujuk website mereka. (www.ideas.org.my) dan secara jujur, saya sangat terinspirasi dengan kehadiran mereka dengan mengangkat kebebasan akedemik, berfikir dan bersuara. Bleh juga ikuti tulisan founder IDEAS, Tunku Zain Abidin Tunku Mukhriz di The SUN. Beliau Kolumnis Abiding Times dan Ng.Sembilan Royal blood..



"AS the first anniversary of IDEAS approaches we seem to be achieving some significant milestones. Last week saw our first appearance in The Economistand this week we learned of our ranking by the University of Pennsylvania as the world’s 18th (and Asia’s 2nd) best new think tank of 2010. (According to the report, Malaysia has 17 think tanks, Singapore has six, Indonesia has 20, China has 425, US has 1,816 and Myanmar has none.)" -TUNKU 'ABIDIN MUHRIZ - MILESTONE FOR IDEAS - ABIDING TIMES - THE SUN - FRIDAY,28 JAN 2011  

Saya, kamu dan mereka adalah rakyat yang menghuni Malaysia. Sudah tentu kita mahu melangkah setapak lagi dan bukan menggali ke dalam tanah. Statik dari kehadapan..bahkan ke bawah.

Sudah dikatakan tadi..sekadar monolog dalaman terkeluar. Mahu fakta, cari di google dengan penuh rasa ingin tahu dan cakna. Pasti bertemu sesuatu. insyaAllah.


IMPIANA DAN KUALA KANGSAR


(Fuh! Baru sampai ke IMPIANA sebenar..)


Alkisah IMPIANA tak banyak berbeza dengan KAHFI. Struktur tanah tempat tinggal kami yang ketara berbeza. Di IMPIANA, masih dalam kategori tanah tinggi, manakala KAHFI , tempat terlindung dari hujan..Kering sedikit. Justeru, pagi-pagi saya di IMPIANA ditemani dengan kabus-kabus tebal. Beburung yang terbang keluar dari sarang..bukit bukau aman dan tegak, sambil-sambil dilintasi awan-awan rendah yang menyegarkan hari. Sejuk..macam air perigi waktu subuh hari. Angin paginya basah-basah macam makan tau fu fah yang baru keluar dari peti ais. Menyegarkan! Terus, udaranya saya sedut dalam-dalam. Biar hati turut lapang dan tenang. Alhamdulillah..

 "Subhanallah.."

Saya di sini, mahu menimba pengalaman dan mengutip ilmu yang bertaburan. Alhamdulillah, hari-hari di sini sangat bermakna. Masakan tidak, penghuni IMPIANA amat comel..dan saya sayang mereka.


















Dari kiri, aishah, k.azrin, izzah, fatimah, habib, siti, Ju, k.Imah n the photographer: K.Yani ...


Justeru, kalian, saya masih dan ingin terus menerus melihat wajah-wajah senyum kalian. Biar jadi semangat dan inspirasi HABIB yang merindui ALWAFIY..untuk melepasi 7 HARI-7 HARI yang bakal dilalui. Jatuh bangun, turun naik yang menjadi sifir biasa, saya pilih sabar sebagai rasa utama dan raja. InsyaAllah.


Dahulu penghuni IMPIANA , sembilan orang serikandi. Kini seorang telah memilih jalannya sendiri. Selang seminggu, seorang lagi berjalan pergi. Pemergian yang terancang. Nak buat macam mana, sepanjang kembara kami, kami bertemu pelbagai persimpangan. Justeru, di setiap persimpangan, mungkin ada yang berhenti, ada yang membelok kanan atau kiri atau..teruskan berjalan.
 "Korang, kita bertemu di lain persimpangan and I love all of you."

Ada lagi yang menghuni hati. 2 orang abang, saudara seislam dari China bertandang menjadi teman-teman sepengembaraan. Siapa tahu dan sedar, kami semua mula serasi dan cepat rapat. Apa lagi…kami pakat buli Sifu kami: EN.DIN..hahaha. Best gile rase!

Mereka juga sudah pergi. Namun semangat mereka bersama Islam, kami bawa bersama. Sulai ke, yusuf ke, we will pray for you. Hopefully meeting you again in China..and Heaven.

Tribute to our Cikgu @ Sifu @ Prof a.k.a EN.DIN. Terima kasih jadi ayah kami di sini. =)
Dan..Faiz, cameraman yang menjengah ke sini selama satu seminggu. Terima kasih untuk semua gambar-gambar dan perkongsian pengalaman.

Kami satu kelas..bersatu buli prof yang suke buli kami
























Kisah IMPIANA, insyaAllah menyusul lagi. 
Harap bertemu apa yang di cari.
Assalamualaikum.

P/S: Habib, buat kerja sampai letih n fokus! 

P/S 2: Habib,  Alwafiy tunggu..InsyaAllah, ana datang.


6 comments:

ilusi_Realiti said...

"aku kurang faham dengan yang sorang ni",monolog aku berseorang diri sambil menunggu esok hari

~ILHaM AbDuH~ said...

ya habibi...mmg sungguh terinspirasi...manakan tidak..."mampukah aku menulis sebegini????....wahai hati....jadilah diri sendiri!!!!!!!!!!" monolog hati ini,menanti 2 hari lagi...berada disisi,menjadi penanti ukhti habibati,setia diPANTAI PUTERI.....

Unknown said...

to Ilusi_Realiti: selamat berkenalan...mungkin lepas ni bertambah faham. hehehe. eleh en.din...

to Ilham Abduh: a'a..be as you are. hehehe..seronok dpt jumpe muna n ilya...=)

akalili said...

rindu nk dengar celoteh kalian...rindu!!!

Unknown said...

hahahaha...rindu gak lili...adoiyai!

ILHaM AbDuH said...

huhuhu....rindu gak...sama UKM!!!