Assalamualaikum.
Alhamdulillah.
Sabtu lepas sekali lagi saya diberi short-training bagi industri makanan. Cukup padat. Dihitung kembali, sudah 4 kali short-training begini saya hadiri di sini walaupun training yang dibuat agak berbeza. Alhamdulillah!
Haha..bukan ape pun. Cuma saya diberi peluang untuk masuk ke meja mesyuarat pengurusan. Hahaha. Meskipun hanya duduk ditempat terpencil, namun ilmu-ilmu transisi yang hadir serta yang tersurat mahupun tersirat saya kutip cepat-cepat. Mana tidaknya..bukan senang tahu hal dalaman dan luar syarikat. Walaupun bukan sepenuhnya, tetap berharga.
Saya hanya jadi pencatat minit. Terus, saya fikir walau saya hanya cikai-cikai, tapi saya mahu terbit jadi orang berilmu dan orang berilmu perlu terus senang untuk menambah pengetahuan. Justeru kali ini, saya belajar macam mana mahu kendalikan orang-orang bawahan, bagaimana ironinya pemikiran manusia, bagaimana kompleksnya sesuatu industri (lebih-lebih lagi makanan-banyak CCP), bagaimana beratnya tanggungjawab. Sekali lagi, saya merasa ini semua sangat REALITI.
PELAJARAN SATU: Satu perkara yang amat terkesan di hati saya, mereka sangat diberi kebebasan untuk menerapkan ideologi masing-masing. Bebas berfikir dan bertindak tanpa meminggirkan konsep-konsep Iman dan Islam yang di tanam. Semua diberi peluang untuk bersuara. Keadaan ini yang seperlunya disemai dan dipraktikkan disetiap kawasan dan keadaan di mana ahli-ahli bawahan diberi kebebasan untuk bertindak dan bersuara mengutarakan pandangan dan cadangan demi penambahbaikan bersama. Tiada yang rugi. InsyaAllah. Bahkan yang kita akan dapat adalah suatu yang lebih baik dan menarik.
Teringat saya pesan seorang sahabat; "cara kita didik anak buah, jangan matikan cara mereka berfikir!"
Teringat saya pesan seorang sahabat; "cara kita didik anak buah, jangan matikan cara mereka berfikir!"
PELAJRAN DUA: Mereka yang hadir kali ini terdiri dari serikandi-serikandi muda. Pergh! Serius, saya admire mereka diposisi masing-masing. Hanya 1/6 daripadanya adalah kaum muslimin muda. Justeru, sekali lagi saya tesenyum sendirian melihat mereka...Jauh, ditempat duduk saya. hmmm..gerakan muslimat muda. Sangat feminis dan reformis. Mereka membincangkan hal-hal solusi dan penyelesaian kepada masalah. Mereka meraikan setiap pandangan dan idea yang hadir. Mereka sangat positif dari sudut lantangan suara dan paling penting, mereka komited dengan kerja mereka. Amat komited! Jika anda adalah seorang lelaki, anda pasti tercabar kerana mereka adalah manusia yang CABAR-MENCABAR!
Sungguhpun begitu, saya tidak menolak, unsur-unsur emosi yang amat selari dengan seorang makhluk bernama perempuan. Dan..dalam pertemuan ini, hal itu sememangnya tidak dikecualikan. Mereka perempuan.. penuh emosi.
Sungguhpun begitu, saya tidak menolak, unsur-unsur emosi yang amat selari dengan seorang makhluk bernama perempuan. Dan..dalam pertemuan ini, hal itu sememangnya tidak dikecualikan. Mereka perempuan.. penuh emosi.
PELAJARAN TIGA: Mereka industri makanan. Banyak hal-hal kritikal yang disentuh bila membincangkan bahagian kualiti makanan. Soal kualiti dan keselamatan sememangnya tiada kompromi. Lebih-lebih lagi piawaian di sini turut mengamalkan IMP. Saya ceritakan lain hari dalam bentuk yang lebih efektif dan kemas. Kali ini...hanya permukaan. =)
Hal ini buat saya terfikir... terfikir...bahawa tempat ini seperti mini Islamic State. Huh! Bebas dan penuh Islamis! Nak saya ceritakan???? Nak saya ceritakan???? haha..kita ikuti post lain kali.
Sungguhpun ini industri kecil, dan tergolong dalam sebuah syarikat IKS, saya percaya mereka mampu pergi lebih jauh. Biarpun masih ada kelompangan-kelompangan dari sudut pengurusan, Quality Control, pemprosesan dan kawalan, saya masih tetap percaya pada mereka. Percaya dengan yakin atas sebab potensi dan keimanan mereka pada Allah.
Justeru, sahabat, saya kini warga Sidratul. InsyaAllah, saya mahu terus mendapat ilmu sepanjang berada di sini.
Harap bertemu apa yang dicari.
Assalamualaikum.
p/s: saya banyak melalut pulak kan?
10 comments:
hoh... warga sidratul..
Assalamualaikum wbt...
salam pertemuan tuk serikandi islam sejagat...hehe
bgusnya blog nie...best bce...
wallpaper pon sedap mate memandg....
ntah knal ke idok ngan an nie...
tp kalo sebut yusuf humaira mst knalkn...
rjin jgk ye updates blog...
an x mnyempat...sudi2knla 'jaulah' ke taman maya an...hehe
ok..all da bez ye walau duk wat papepon n
"jgn biarkan sehari anda tanpa gerak kerja ISLAM...
p/s: melalut xpe kalo kena pd tempatnya...kan3x
Sufi AlFaruqi: hoh!..Impaina in the house. Kahfi di hati. Sidratul sekarang kita kena terokai.
Rindu bangat same budak-budak kebun..
Yusoff: waalaikumsalam... oho..encik yusuf alhumaira. an kenal org ni. hehe. terima kasih amat sudi bertandang. xpe...xmenyempat update blog slalu, asalkan sempat bekerja untuk Islam. InsyaAllah, sahabat.. terima kasih amat bagi smgt! huh! ni yang buat teringat kat sume sahabat nie!...
p/s: btul3x....S.O.K.O.N.G =)
Salam...
nk tny yang pasal doa 2
doa yg nti bg 2 ade x yang dalam tulisan arab?
kalo bhsa melayu nie kdg takut salah bace...
xde pulak.. ustaaz bagi scra lisan. but ana try tulis dan scan. ana emel pada nta. insyaAllah. yusri, asal letak nama yusoff?
tikah...tulis lg...suka membaca perkongsian pengalaman kalian di sana..suasana kita berbeza...:)
hmm...panjang ceritanya kalau nak tahu kenapa letak nama yusoff...
ana cuba untuk ringkaskan yer...
act, tyme kecik2 dulu suka baca kisah2 nabi...tebal buku 2 tp menarik sebab diselang-selikan dengan gambar2 yang comel...hehe (budak2 tyme 2)...
suke dgn perwatakn nabi yusuf...cube mnecontohinya walau pun selalunya tertewas dalam mencontohinya...dulu kalau bace quran mesti nak bace surah yusuf (klakor lak rasenye memilih dalam membace kalam Allah)JGN ikot yer...hehe
then, ade seorg shbt mggelarkn dri ana dgn al-kunyah (gelaran, sapaan n yg sama waktu dgnnya) 2...
tp skg da tahu n brusaha ke arah 2 (doakan ye) meneladani sunnah nabi kite Nabi Muhammad saw...
nti lak nape habib?
To Yusoff: haha...Allah bagi pilihan. an pun suka baca surah muhammad.
yusri, ape maksud al-kunyah?
habib. maksudnya kekasih. an rasa nta pun tahu itu. dan..an mahu jadi seorang kekasih. sebb tu habib. habib alwafiy. kekasih yang menepati janji dan y setia.
dulu time kat matrik, shbt an panggil an wafiy. doa..supaya ana jadi org y menepati janji dan setia. =)
insyaAllah. mudah-mudahan dengan izinnya an jadi habib alwafiy.
bila habis master? lepas master smbung Phd atau pergi USIM?
To Akalili: Subhanallah...rindu bangat sama kamu. haish! Shbt...cerita la jugakk...
al kunyah 2 gelaran atau sapaan orang lain pada seseorang. Insya ALLAH mster bis akhir taun 2013.plannya trus apply keje kat Usim ble jawatn 2 kuar t...da xlame rasenya...study and keje if x bis study lagi tyme 2....
Insya ALLAH ana doakan smga al-kunyah 2 sebati dalam jasad and rohani nti.....aameeen...
doakan anan jugak ye
Post a Comment