Tuesday, September 28, 2010

BINGKISAN DARI ABI ..part 3 (final)

 Salam alaik sahabat-sahabat.

Lambat benar ana post entry yang penghabisan bagi Kuliah ABI kali ni. Minta maaf bagi sape-sape yang mengikuti. Kekangan itu dan ini…(heh, alasan!)

Ok. Kita fokus terus pada apa isi sambungan kuliah kerana kali ini mungkin akan menuntut lebih perhatian dan masa sahabat-sahabat. Almaklumlah..final part. Banyak isi dan panjang.

KENAPA KITA PERLU BERUSRAH?

Jika dibahagian yang lepas kita dah meletakkan Ukhuwah sebagai tangga pertama dan AlFahmu sebagai tangga kedua. Maka yang ketiga adalan kerana IMAN.. IMAN sahabat-sahabat.

  1. IMAN

"Dalam usrah kita kena berupaya untuk menerapkan unsur-unsur keimanan."

"Di mana kita dpt merasai keyakinan, keterikatan kita dengan Allah dan Rasul S.A.W melalui pendekatan sunnah nabi S.A.W"

"Iman ini sumbernya Allah dan Rasul. Rasul adalah yang menjadi qudwah hasanah."

Sesungguhnya orang-orang beriman adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementar hatinya, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya kepada mereka, bertambahlah (kuat) imannya dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakkal. ~Al-Anfal: 2

لاَيُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُوْنَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَالَدِهِ وَوَلِدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِيْنَ
” Tiada sempurna iman kalian, sebelum aku (Rasulullah saw) lebih ia cintai dari anak-anaknya dan ayah ibunya dan seluruh manusia” (shahih Bukhari)

Terang Abi jelas. Ulas beliau, bila sebut Iman, keterikatan terhadap alQuran dan sunnah ini perlu dibentuk. Biar ahli mendekati alQuran dan sunnah. Methodnya, salah satu adalah melazimi usrah dengan tilawah dan hafalan. 

Ternganga-nganga sahabat-sahabat yang turut mendengar. Khusyuk barangkali. Allah..

Biar iman rasa meresap dalam hati sebelum masuk bab atau topik yang ingin dibincangkan. Bersih hati, bersih juga ilmu yang mendekati, bertambah lah Iman lagi. Nak tak nak Iman memang perlu dalam usrah.

P/S: Pesan Abi, "bercakaplah dengan manusia atas kemampuan akalnya"

  1. RUHIYAH

"Solat berjemaah, membaca alma'thurat, membaca alquran bersama, mesti kena ada."

"Malam ni nak wat usrah, malam semalam da wat tahajud, lepas subuh baca alma'thurat, baca doa rabitah."

"Biar nak usrah, kita masuk dalam keadaan bersedia untuk bersama sahabat."

Yang lain hanya mengangguk. Faham. Ada yang merayap pemikiran. Teringat. Ntah buat ntahkan tidak.

Ini suma, kata Abi adalah wasilah-wasilah ruhiy yang sangat berkesan. Biar masuk dan duduk dalam usrah dengan ruh. Khusyuk. Fokus. Tenang.

Nampak jelas muka Abi. Bersih, jernih. Urat-urat tua juga jelas. tapi bila bercakap bab ruhiy, kemas. Jiwa Sufi..Jundi peribadi.

  1. USRAH: MEDAN TADRIB QIYADI

Haa!..yang ni contohnye, menyediakan modul-modul paksa. Bleh latih kepimpinan dan hidupkan usrah! Hehehe.

"Nak jadi pemimpin, kena belajar atur masa. Kena pandai adjustment."

"Ada masa kita tak dapat tepati masa. So, kena cepat adjust!"

"Bukan sekadar punctual, yet know adjustment. Kena pandai mengatur."

Satu-satu kisah Abi critakan sewaktu awal penglibatan beliau hingga kini. Sejarah dan pengalaman yang dikongsi..bermakna, memanglah. Bukan senang kutip mutiara-mutiara yang semakin hilang.

Kepimpinan sahabat-sahabat. Disinilah kita boleh lihat taring kita. Tadrib qiyadi kita secara tak langsung. Baik yang jadi naqib/ah atau yang jadi ahli usrah.  Latih jadi fleksible dan professional.

  1. TAUJIHAT

Taujihat dan amanat. Tempat nak salurkan maklumat, semangat dan pesanan untuk jana momentum bertindak dengan kata yang lebih mudah dan ringan.

"Bukan sekadar penyampaian yang statik. Tapi penegasan!"

"Supaya ahli usrah teransang untuk bertindak. Ada tasyji'iyah, galakan, dorongan dan semangat."

"Dan ini juga medan untuk kita berikan wala'. Haa!..barulah ada kesan." sambung Abi lagi.

Hmm.. Ana fikir, kuliah kali ini juga diselitkan taujihat. Crita-crita Abi, apa saja yang keluar dari mulut Abi juga taujihat dan kata semangat. Dorongan untuk bertindak supaya setiap yang hadir memaknakan institusi usrah itu dengan lebih mendalam. Melihat keperluannya sebagai nukleus tarbiyah dan bukan hanya main-mainan yang didalamnya omong-omong kosong. Tak kemana usrah begitu. Buang masa adalah!

  1. MEDAN BINA DAN BENTUK SIKAP

"Haa!.. Apa dia Sikap?" tersipu-sipu pulak dah.. aiseh, muslimat-muslimat ni.

"Sifat tu macam mana plak?" lagilah tersenyum-senyum. Yang buat-buat muka berfikir pun ada juga.

SIFAT VS SIKAP

Sifat= apa yang ada dalam diri kita.

Sikap = tindakan kita terhadap sesuatu perkara

"Yang dimaksudkan dalam usrah ini adalah membina sikap."

"Sikap kita terhadap isu, demonstrasi, masalah mazhab, pihak-pihak tertentu dan lain-lain."

"Maka bina sikap inilah lahir usul 20*: gagasan bina sikap terhadap perkara-perkara tertentu."

"Kita selalu ingat  dan fikir sahabat-sahabat kita dah settle. Tak da masalah. Pakai tudung labuh, janggut sejemput, tapi hakikatnya, orang muda ni, banyak benda tak setlle dalam diri!"

"Sebab tulah orang muda perlukan orang tua dalam jemaah!"

Wooosh! Terpana ana dibuatnya. Sekali lagi ana tatap wajah Abi. Orang tua. Memang benar kata Abi. Orang muda memang perlu pada yang tua. Luar nampak tenang, dalam air belum tentu. Itulah manusia.. Hmm, ana pun manusia dan muda. Maka, sudah tentu ana bukan pihak yang terkecuali!

*rujuk usul 20: Imam Hassan Al-Banna.
*Bina sikap: rujuk juga Memahami Prinsip-Prinsip Amal Islami: Said Hawwa

  1. BENTUK PENGURUSAN DIRI DAN MASA

"Orang muda perlukan guideline."

"Mengatur kehidupan adalah perkara yang amat penting dalam Islam."

"Selagi mana kita tak boleh bangun Subuh sendiri, ini bermakna tazkiyatunnafs (pembersihan diri+jiwa) kita tak setlle!"

"Aturlah adab solatnya, tidurnya, bangunnya, hidupnya."

Argh! Dasyatnya. Kadang mudah, terkadang, susah. Allah. Ujian dan cubaan ni kerja Allah. Kite? Kena redha, usaha dan jangan putus asa. insyaAllah..(cakap kat org..diri sendiri? Aiyo!)

Apapun, Islam is the way of life. Ana yakin ini maksud Abi. Islam itu penuh adab, sistem, kemas dan teratur. Tenang setenangnya, dan tegas pada tempatnya. Tegas bersifat mendidik, keras bersifat mendisiplin. Bukan menekan. Allah. Indahnya hidup sebagai Muslim..lagi indah jika Mukmin..

Pernah seorang sahabat ana bertanya,
"kenapa kita kena tunjuk kita ni berperibadi Muslim? " Ha..jawab2!

Ana pun jawab dengan tersengih sambil angkat kening konfius..(ala-ala berfikir)
"ntahla. Ana tak pasti. Bukan menunjuk-nunjuk yang pastinye.."

"Islam ini perlu ditonjolkan supaya orang-orang bukan Islam mahupun Islam dapat menghayati keindahan Islam itu sendiri"

Bila tengok dengan mata dan rasa pengalaman sendiri, baru dapat tahu perihal yang sebenarnya. Baru mendalam Islam ditanam.

IMAM GHAZALI: dalam Kitab Bidayatul Hidayah
"Keberkatan hidup seseorang bergantung kepada bagaimana peraturan dirinya. "
Jangan sampai peraturan diri terabai.

Abi mengakhiri kuliah beliau dengan pesan dari Imam Masyhur itu. lain benar rasa kali ni. Almaklumlah, kali pertama duk ngadap direct untuk serap ilmu dari Abi. 

Ana kira, sampai sini dulu. Sedikit catatan semasa kuliah dikongsi moga besar manfaat yang kita sama-sama dapat. Doakan ana sekali ya. Jangan lupa.

Allahua'lam..

Hari ini, semalam dan esok untuk Allah.

Hope you find what you're looking for.
Assalamualaikum

-Habib AlWafiy-


2 comments:

N A U R A H said...

wah2..
elok print, pastu edar kat kampus..
part 1 till 3..

Unknown said...

pergh! molek ngat. amat.!