Terpana saya bila melihat sebuah laman sesawang seorang sahabat. Begitu memartabatkan bahasa. Butir-butir kata beliau tersusun umpama perak yang mengalir. Isi dan maksud beliau terang jelas dan indah tersirat. Kagum dengan Allah. Ada rupanya manusia begini setelah 22 tahun kembara di bumi.
Bukan itu saya ingin kisahkan. Ya, masyhurnya sempena eiduladha, kisah Ismail dan Ibrahim meniti dibibir. Kisah-kisah pengorbanan diulang-ulang tayang. Ya. Memang itu yang perlu diingatkan agar manusia sentiasa segar dan sedar.
Hari ini.. Saya dengar takbir ulang-ulang kali. Ulang-ulang kali sahabat.
Justeru hari ini, sahabat-sahabat, marilah kita bertakbir sebanyak-banyak nya. Moga Allah kurnia hidayah dan maghfirah.
Terbayang-bayang pula tanah suci dan baitil 'Atiq.
Here I am, O Allah! Here I am. Here I am, there is no partner unto You. Here I am, all praise and favours and sovereignty belongs to You, there is no partner unto You.
InsyaAllah. AlWafiy, tunggu. Habib datang.
Sesuatu yang paling agung yang turun dari langit adalah TAUFIK dan sesuatu yang paling agung yang naik dari bumi adalah IKHLAS-Saidina Ali ibnu Abi Talib.
P/S: SALAM EIDULADHA untuk Angah, Abg Njang yang diperantauan, keluarga besar, sahabat serta semua saudara.
Moga bertemu apa yang ingin dikorbankan. Baru bererti sebuah pengorbanan.
Assalamualaikum.


No comments:
Post a Comment