Sunday, October 3, 2010

Saya seorang manusia dan ingin beriman pada Allah

Ana ingin beriman pada ALLAH

Alhamdulillah.
Firman Allah,
"Tidaklah aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah padaku." Az-Zariyat:56

Alhamdulillah.
Ana syukur, dulu sewaktu di alam ruh, Allah pilih ana jadi manusia. Lalu Allah titipkan ruh ana dalam jasad. Ruh ana sedih, ana tahu. Berpisah dengan Tuan yang bergelar TUHAN bukan mudah. Namun ketika itu, ruh ana yakin, Allah tidak sia-siakan hambanya..

("rabbana maa halaqta haza baatila"-ana lupa ayat brpa dan dari surah mana)

Oleh sebab itu, sekarang ana percaya dan beriman bahawa Allah itu Esa dan sayang akan hamba-hamba-Nya. Justeru, hari ini ana lihat diri ana semakin membesar. =) membesar dalam erti kata usia dan mungkin juge badan! Adeh! Namun, Iman dihati tidak sentiasa membesar meninggi seiring dengan usia. KENAPAKAH? Ye yazid wa yankiz itu sifat dia. Jadi ana redha dan perlu lebih usaha!

p/s: Ana manusia..dan ingin beriman pada Allah. (jangan cakap je. Buat beb!)

4 bidadari perhiasan duniawi

Hari ini juga, ana bersama dengan 3 orang mak saudara serta atok ana. Jalan-jalan gi kenduri rumah manusia. Tersenyum ana tengok mereka. Ya. Mereka juga manusia. Fitrahnya tak lari. Cuma, perempuan ini makhluk Allah yang dikatakan sebaik-baik perhiasan. Ironinya, mereka pelbagai ragam. Fuh..sangat berbeza dengan makhluk bernama lelaki.

"Teh, ingat tak yang time aisyah duk merengek kat mak dia?" Acik ana bertanya dengan riak senyum-senyum nak tahan gelak.

"ooo.. Ingat-ingat. Aish! Budak tu.. Punyala becok. "

"Mak..aisyah nak buat..mak aisyah nak buat..mak, aisyah nak buat…mak, aisyah nak buat.." Ateh mengajuk gaya sepupu ana yang becok tu.

"tak tahan betul..boleh plak tu mak dia duk relak. Tahan pulak kak ndak ngan ayah si aisyah tu!"
Ateh sambung. Pecah berderai tawa dalam kereta.

Tiba-tiba saja ana rasa ade gegaran. Huh! Gelak sakan diorang teringat kat anak-anak saudara. Sampai bergegar kereta. Lepas tu, apa lagi..perempuan, bila dah jumpa, semua bercakap! Ana tengok, mulut atok ana bercakap, acik ana bercakap, ateh yang kat depan gelak-gelak sambil bercakap. Mak tam ana yang tengah drive pun bercakap! Allah… unik bukan? Makhluk bernama perempuan ni. Bila jumpa suma bercakap. Tak tahu sapa yang dengar. Betul sepertimana ana dengar dalam kuliah dulu. (Dr.Fadzilah Kamsah dan Dr.Mashitah) 

Ana juga perempuan. Tak kurang samanya. Allah..

Again, with men, we speak different language. Sungguhpun begitu, itulah istimewanya perempuan. Dan banyak lagi ana rasa, tak perlu ana ungkapkan, kerana sahabat-sahabat sendiri dapat perhatikan. Mereka juga manusia. Sangat cantik, manis, indah. Ntahlah.. Ana rasa sejuk lihat mereka. Mungkin itulah perasaan manusia bernama lelaki bila melihat isteri mereka. Ana fikir. =)

Jadi, hargailah setiap makhluk manusia bernama wanita disekeliling anda. Biar pun buruk rupa atau tiada menenangkan jiwa.  Bantu mereka jadi perhiasan terbaik dunia!

Again, kami wanita juga manusia dan ingin beriman pada Allah..

p/s: tiba-tiba teringat Sang Ratu hati. UMMI. Ingin jadi bidadari syurga buat suami.

Miss Out Kerja dan Ruginya Tidak Menyalurkan Idea

Bulan ni, ana tak jejak kaki pun bilik MPP. Justeru, kerja-kerja mereka tidak ana tahu menahu.Ya. Kerja-kerja manusia. Teruk. Memanglah. Jangan ikut, dan cuba buat di rumah. Hal ini untuk tatapan buat pengajaran semata-mata.

Terkilan bila mana sesi brainstorm yang sepatutnya jadi indah dan panas dengan idea-idea, ana tak dapat fully join. Lagi terkilan bilamana tajuk brainstorm amat dekat dengan mahasiswa, iaitu ana. INOVASI MAHASISWA!. Pergh! Amat cantek ana rasa. Allah. Bila program bermula, isu yang dibincangkan dan buah fikiran yang dilontarkan tidak begitu masak dan garing. Semua itu, pada fikiran ana sudah sedia ada dalam minda. Jadi, inputnya yang di ambil sekadar rebus-rebus telur separuh masak. Terkilan buat kali ketiga. (Ana akan kisahkan INOVASI MAHASISWA di lain masa ya!)

Namun, bila seminggu berlalu, ana lihat kembali pada diri ana dan apa yang fikirkan berkenaan dengan program hari itu. Ternyata, ana terkilan buat kali ke 4!!! Kali ini lebih besar. Kerana ketika itu baru ana sedar dan yakin bahawa semua itu puncanya adalah ana sendiri. Ana yang tak pergi jenguk mereka, bertanya itu dan ini. Justeru, terkilan ana pada diri sendiri, jauh lagi pedih dari yang sebelumnya.

2 minggu berlalu, keempat-empat keterkilanan ana itu, kembali ana rujuk dan lihat dengan hati. Dengan iman. Kali ini, iman ana bersuara. Ternyata! Ana amat terkilan sekali lagi. Betapa baru ana tidak perlu terkilan kerana itu semua adalah pengajaran dan teguran dari Allah, didikan terus supaya ana lebih concious, alert dan flexible. Ana lupa untuk redha. Sekali lagi, terkilan. Namun, itu tidak berterusan. Terkilan kali kelima dan seluruh yang sebelumnya ana lontar jauh-jauh. Ambil pengajarannya. Redha dan tambahkan usaha menjadi manusia!

Kali ini ana terasa betapa manusianya ana. Lemah, lupa dan segalanya. Allah.

Teringat, time nak gi sekolah dulu, dengar radio, Dr.Fadzilah Kamsah ada pesan,

"Hak Allah, ada 3. yang pertama, laksanakan segala suruhanNya, kemudian tinggalkan laranganNya, dan akhirnya Redha atas segala ketentuanNya"

Again, ana seorang manusia dan ingin beriman pada ALLAH...

p/s: InsyaAllah. Refreshment. Dan peringatan bersama, Jika kita jaga hak Allah, Allah akan jaga hak kita.

Abang yang Jauh di harapkan Beriman pada Allah

"Pukul 11.55 a.m, flight Angah. Nanti kul 11.30 Angah masuk check-in." Angah sebut lembut-lembut.

Ana ada sorang ni ja abang kandung. Harapan ana agar beliau sentiasa aman dan beriman. Tadi, kami (ana bersama 4 bidadari itu) ke KLIA. Hantar Angah.

London bukan dekat, namun tak da lah jauh mana sampai tak boleh balik. Kalau mati, ye. Jauh. Tak boleh pergi balik. Duduk negara manusia yang lain adat dan budaya, juga bahasa..memang ada cabarannya. Namun apa ana boleh buat..bagi semangat dan doa sajalah.

Manusia Angah ini seorang abang jua lelaki. Best ada abang. Alhamdulillah. Moga manusia ini juga Allah jaga, pelihara, redha, bantu dan cinta lebih dariku.

Ana yakin, Angah seorang manusia,lelaki dan juga ingin jadi beriman pada Allah..

p/s: teringat family dan adam. F.A.M.I.L.Y (Father And Mother I Love You)


Maaflah, banyak cerita perasaan dan fikiran. Memang tak dapat nak kelaskan sekarang. Namun ana Cuma ingin kongsi. Moga hati bertambah iman, tak banyak, sedikit. Moga yang membaca pun bertambah iman, tak banyak,sedikit. Moga yang terlibat menjadi subjek entry pun bertambah iman, tak banyak, sedikit.

Harap bertemu apa yang dicari.
Hari ini, semalam dan esok untuk Allah.


Assalamualaikum.

 Ana seorang manusia..dan ingin beriman pada Allah.
-Habib…Habib7hari, Habib AlWafiy-

6 comments:

voltox said...

cerita yg menarik..tulis banyak2 lagi macam ni..sy suka..mcm baca novel islamik..sama mcm latest entry sufi gak..sy dah lama tak baca cerpen/novel islamik..jadi dapat baca penulisan cmni pun dah memadai..eheh

sy rasa ayat 'wa maa halaqta haza baatila' tu dalam surah ali imran..tp start dgn rabbana..mungkin awak mksd kn ayat lain..

Unknown said...

oho..macam tu ye..en.voltox. Saya xda bakat mcm sufi. entry mcm sufi, hanya orang-orang yang sufi saja mampu menulis begitu. saya ni tukang karut ada la.. tengok wayang..

betul2.
saya silap.
dan dah betulkan..terima kasih... jap nak carik ayat mana. nanti saya post balik.

N A U R A H said...

kali ni keningku berkerut..

Unknown said...

kenapakah?

husniyah said...

السلام عليكم
maaf mencelah, ayat
رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذَا بَاطِلًا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
merupakan ayat 191 surah آل عمران
sebenarnya ayat ini adalah salah satu doa أولي الألباب (mereka yang sentiasa mengingati Allah samada dalam keadaan berdiri, ataupun duduk, dan juga ketika berbaring. Mereka memikirkan kejadian langit dan bumi, seraya berkata wahai Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan ini dengan sia2, maha suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab api neraka (mafhum ayat di atas))

Unknown said...

pergh!...tq2 k.husna..=)