TERIMA KASIH YA SAHABAT..
Sayang kamu.
Subhanallah. Semalam, Allah campakkan kita ke Shah Alam dulu. Biar pergi cuci mata melihat buku. Bersama-sama pula tu. Peristiwa paling kagum semalam, tak sangka Allah takdirkan jumpa adik tercinta Alem di sana juga. Sempat kita semua makan tengahari bersama. Suka, memanglah. Terharu pun ada. Lapang rasa hati. Bukan merancang, tapi Allah yang temukan. Subhanallah. Hebat bukan Tuhan manusia? Sayang kamu semua.
...sahabat ke syurga...
PKNS Shah Alam semalam penuh dengan orang. Kecik, besar, tua, muda..semua ada. Yang paling banyak di situ adalah buku. Penuh. Tak termampu nak belek sume.
"Adik, yang ni buku baru." Kata seorang pak cik, salah seorang penjaga booth Almas Kitab kepada saya dan spanga.
"Yang ni ramai jugak orang beli. Buku ni bagus. Adik mesti kena miliki. Said Hawwa. Ni contohnya. " Sambil menghulurkan sebuah kitab baru yang sudah dibuka balutan luarannya untuk kami lihat.
"Ini satu lagi. Tapi yang ni mahal sket. Lepas diskaun, RM 90."
Subhanallah…tergamam saya bila mata terpandang ke arah jari pak cik tadi. 'Muhammad S.A.W: Izinkan Kami MencintaiMu'. Tajuk buku tu betul-betul meruntun hati saya. Tapi apakan daya, bajet saya hanya RM 60 dan fokus saya pula hanya satu, Kitab Al-Azkar karangan Imam Nawawi yang kini sudah ada terjemahannya.
Mahu tidak mahu, terpaksa kami berdua tolak dengan senyum sipu-sipu pada pak cik tadi.
"InsyaAllah lain kali pak cik. Kedainya kat mana ye?" tanya saya.
Lantas pak cik tadi menghulurkan 2 keping kad untuk kami. Kami terus berlalu dengan fokus yang satu. Pencarian terjemahan Kitab Al-Azkar. Subhanallah. Dekat 4, 5 kali pusing. Tak jumpa-jumpa. Alem kata ada nampak, tapi dia sendiri lupa booth yang mana. Kami gagahkan hati. Akhirnya, jumpa. Tapi, bukan seperti yang saya pernah lihat di gerai buku Syabab tempoh hari. Hampa..memanglah. Allah.
"Tikah, orang rasa nak beli buku tadi la." tutur spanga.
Gulp. Biar betik member aku ni (jerit saya dalam hati). Bukan apa. Saya pun turut berfikiran serupa. Mungkin bukan hari ni takdirnya untuk kami miliki terjemahan kitab Al-Azkar yang sudah lama dicari itu. Mungkin memang Allah takdirkan kami beli buku tersebut. Tarikannya, luar biasa. Terngiang-ngiang suara Pakcik tadi. Subhanallah. Allah, jika ini yang Kau mahu, akan ku turut.
Inilah bukunye...yang Pakcik tu dok sebut-sebut.
Alhamdulillah. Terjemahan Kitab Tarbiyah Ruhiyyah karangan Ustaz Said Hawwa sudah digenggaman. InsyaAllah akan diserap segala intinya ke dalam hati. Inilah yang dikatakan takdir Allah. Perkara yang datang dari Allah semuanya terbaik. Terima kasih Allah. Hati saya tenang.
Indah hari ini. Mengapa? Sebab bersama-sama teman-teman yang membawa ke syurga. Bukan senang untuk berkumpul. Usai pukul 3, kami sudah berpisah dengan Alem. Moga jumpa lagi suatu hari dik.
Sahabat, selamat berjuang. Jangan mudah putus asa. Kalian kuat. Kekuatan umpama 10 orang manusia. Hati kalian cekal. Disergah tak goyah. Jiwa kalian halus lembut..lantaran tarbiah yang berterusan. Moga segalanya berpaksi Iman. Sahabat, hiduplah sehabis baik. Kita jumpa di syurga.
Hope you find what you're looking for.
Assalamualaikum.
P/S: InsyaAllah akan diteruskan pencarian terjemahan kitab Al-Azkar.

5 comments:
Patta...
sayang kamu..
I keep dreaming to get what we are looking for..
Or actually, we dun really need it..
"renung2kan"(Johan style)
sayang kamu semua!!!
hehe, ayat spanga tu sbb fikir blk ape yg akak ckp ke ;-)
hoho..ntah la. k.yaya. bila mau mai cini???
haha..k.yaya..tah lah
pergh.. kita kene laksana kan misis dakwah kat taman negara ...!! org asli..heheh
Post a Comment