AUKU & SEJARAH KEBANGKITAN GERAKAN MAHASISWA 60 an
"Ape yang kita nak tengok adalah perjuangan mereka. Ape yang diaorang dah buat masa zaman mahasiswa diaorang."
"Ape yang kita nak tengok adalah perjuangan mereka. Ape yang diaorang dah buat masa zaman mahasiswa diaorang."
"Ape yang kita buat sekarang bukan benda baru. Diaorang dah buat dari zaman dulu lagi."
"Tapi, mahasiswa sekarang tak tahu. Sebab, tak da org nak bagi tahu. Jadi aku buat lecture ni supaya korang sume tahu sejarah kite. Sejarah korang. Mahasiswa sendiri."
Subhanallah... hamba Allah ni. Presentation beliau kemas. Warna warni. Penuh gambar, yang memberi gambaran jelas di minda setiap yang hadir. Pertuturan beliau santai. Dekat di hati orang muda. Ganti nama aku kau, aku kau. Pergh! Kasar, tapi biasa bagi di sini. Perkara yang disampaikan ringkas dan padat. Tak dapat dilupakan, kaca mata besar beliau yang menarik dan tertarik. Hehe.
Ni la Fahmi Reza... Selamat Berkenalan.
Anniatu lillah..
AUKU Public Lecture Series berlangsung di KLSCAH (KL and Selangor Chinese Assembly Hall) selama 4 minggu bermula tanggal 1 Julai. Namun, 4 Julai baru di posting event ini. Maaf lah.. Demam.
Minggu lepas, Fahmi reza membentangkan mengenai sejarah gerakan mahasiswa zaman 60'an dan kesan AUKU terhadap mahasiswa tahun-tahun selepasnya. Justeru perbandingan yang di buat amat signifikan. Penonton diperkenalkan dengan UMSU(University Malaya Student Union), perjuangan-perjuangan UMSU serta pimimpin-pemimpin mereka seperti Syed Hamid Ali, Khong Kim Hoong dll.
Antara fakta menarik ketika perbandingan mahasiswa sebelum dan selepas AUKU,
Sebelum AUKU:
- Ahli lembaga pengarah seramai 20 orang yang dilantik oleh majlis universiti sendiri, terdiri daripada pensyarah, siswazah, beberapa org yang dipilih drp Majlis raja-raja, dll
- Mahasiswa boleh menyatakan sokongan terhadap mana-mana badan politik dan terlibat dalam politik negara
- Mempunyai sistem pengangkutan yang sepenuhnya diuruskan oleh mahasiswa sendiri (Bas)
- Mempunyai union house (port mereka) yang lengkap dengan kafeteria dan perpustakaan
- Adanya STUDENT UNION
- Pemimpin Mahasiswa dipilih melalui demokrasi iaitu pilihan raya dan pilihanraya kampus dijalankan dan diurus sepenuhnya oleh mahasiswa
Selepas AUKU:
- Ahli lembaga pengarah seramai 8 orang yang dilantik oleh Menteri Pengajian Tinggi.
- Mahasiswa tidak boleh terlibat atau menyatakan sokongan terhadap mana-mana parti politik
- Sistem pengangkutan di uruskan oleh pihak pentadbiran universiti
- Hanya mempunyai bilik-bilik kelab dan pejabat untuk MPP
- Diwujudkan Majlis Perwakilan Pelajar
- Pemimpin Mahasiswa dipilih melalui demokrasi iaitu pilihan raya dan pilihanraya kampus diurus oleh Badan Hal Ehwal Pelajar Universiti
Paling menarik apabila beliau membuka sejarah di mana kejayaan demi kejayaan UMSU berkempen dengan membawa manifesto mahasiswa untuk PRU 3. Sebanyak 13 tempat pemimpin UMSU berkempen dan berpidato dengan membawa manifesto yang fokusnya untuk kebajikan rakyat dan paling tinggi jumlah rakyat yang hadir adalah di Teluk Anson = 13 000 orang (if i'm not mistaken). Betapa suara mahasiswa dikehendaki dan didengari rakyat ketika itu!
AUKU Public Lecture akan berlangsung selama 4 minggu berturut-turut bermula minggu lepas. Jadi jangan lepaskan peluang untuk sesi pencerahan! Moga pencerahan mencetus perubahan.
Sahabat-sahabat juga boleh baca buku Sejarah Gerakan Mahasiswa Dalam Cerminan Dekad : Ust. Ridhuan Mohd.Nor.
Hope you find what you're looking for.
Assalamualaikum.
p/s: Kalau tidak handphone abis bateri, nescaya sudah kurakam!
Credit to adik Sabhi wajdi, Ibrahim, My Spanga dan K.ili sbb sudi bersama.
Terima kasih sahabat.



No comments:
Post a Comment