Subhanallah. Hari-hari yang mendatang, ada yang disiakan, ada yang diperincikan. Manusia, memang fitrahnya sering alpa. Sebulan tak keluarkan post baru. Let’s check it out what is happening in May till now..
BOLA: FIFA ’10 (South Africa: 11 Jun-11 Julai 2010)
Bukak TV, bende bulat je kuar. Hitam putih, hitam putih. Tengok movie, byk bola. Bukak drama, cerita bola. Iklan pun bola. Sampai mata ni asyik nampak bulat-bulat…haha. Apa nak buat, sukan kegemaran penduduk bumi ni sekarang tengah berlangsung piala dunia.
Piala Dunia Bola Sepak – dianjurkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Federation Internationale de Football Association (FIFA). Berlangsungnye 4 tahun sekali. Walau bagaimanapun, ia lebih merupakan acara yang sentiasa berjalan kerana pertandingan kelayakan mengambil masa tiga tahun di antara pusingan-pusingan akhir. Fasa pertandingan akhir (biasanya dipanggil sebagai pusingan akhir) melibatkan 32 pasukan kebangsaan yang bertanding selama empat minggu di negara tuan rumah. Paling menarik mase tu, kita dapat saksikan barisan pemain terkemuka dalam arena bola sepak beraksi. Setakat ni, Brazil paling unggul. Sebab? Pernah menang 5 kali Piala Dunia. Diikuti dengan Itali, 4 kali, dan Jerman, 3 kali. So, tahun ni, cane????? Fuh! This is what we call, effort n strive for success! And your favaourite team is…..? =)
Isu Bola Sepak, Judi dan Malaysia: Mei – Isu ini berat. Hal sebegini perlu diberi kawalan serius dan maksimum oleh pihak kerajaan dan bukan meluluskan lesen judi Piala Dunia dan konsert 12 jam Pitbull tersebut! Ana menyeru rakyat Malaysia terus-terusan tampil tegas membantah judi haram sebegini. Sebagai generasi bertamadun, kita harus tegas menyekat judi dan aktiviti tidak bermoral sebagai satu aktiviti cari makan, cari duit dan cari jalan keluar hutang rakyat apa saja kaum di Malaysia kerana keburukannya amat diketahui umum, lebih besar bala dari manfaat.
GAZA: PALESTINA TERCINTA: Sebuah Misi Kemanusiaan
Semangat GAZA di USIM- 23 Jun 2010. Tak disangka, masa cuti sem pun dapat kumpul crowd manusia. Semalam berlangsung, sudut mimbar Ilqa’ menyatakan bantahan terhadap kekejaman Israel dan keranamu Palestin. Minggu ini, diisytiharkan di USIM sebagai Minggu Memperingati Gaza (20 Jun- 25 Jun 2010). Justeru, mohon, sahabat-sahabat mengambil peluang, sama-sama mengimarahkan program dan turut serta solat hajat sebagai tanda sokongan bantahan kekejaman terhadap saudara kita di sana. Moga Allah redha.
Isnin:31 Mei 2010 - Israel dilaporkan telah merampas 6 buah kapal konvoi Freedom Flotilla. Dilaporkan jumlah kematian meningkat kepada 16 orang dan lebih dari 30 orang cedera ketika pasukan Israel menyerang kapal-kapal Freedom Flotilla. Sebuah lagi kapal, Rachel Corrie tetap meneruskan perjalanan misi bantuan ke GAZA. Kapal kargo tersebut diiringi bukan sahaja dengan kapal Challenger I dan Challenger II malah turut membawa bersama semangat para syuhada’, sahabat-sahabat sukarelawan yang terkorban serta sokongan penduduk dunia kepada rakyat Palestin. Pihak misi bantuan mengharapkan masyarakat antarabangsa, PBB dan OIC terus mendesak Israel agar membuka laluan untuk memasuki Gaza dan mendesak Negara-negara Islam bersempadan Palestin membuka sekatan di sempadan untuk memudahkan laluan kapal.
Kini, satu dunia mengutuk mereka. Berita memaparkan demonstrasi aman bantahan kekejaman Israel haram jadah ini berlangsung di (UK, Malaysia, AS, Turki) dan di mana-mana saja tanpa mengira bangsa dan agama!
Meskipun beberapa minggu telah berlalu, ibrah peristiwa ini dapat kita lihat secara amnya, kaum manusia tanpa mengira agama dan bangsa sememangnya membenci keganasan dan perlu bersatu menjadi satu ketumbukan yang padu untuk menegakkan yang hak. Pengalaman 12 wira Malaysia berhadapan dengan komando Israel telah dikongsi bersama seluruh rakyat Malaysia sekembalinya ke tanah air. Justeru, ingin ana seru semua sahabat-sahabat agar terus sebarkan kebenaran, misi kemanusiaan sejagat dan bersatu untuk memastikan rejim yahudi, zionis laknatullah ini dikecam! Jangan hanya mengutuk, sama-sama terus memperingati,menghulurkan bantuan kepada saudara-saudara kita di Gaza melalui apa cara sekalipun.
P/S: Jangan lupa dek bola, Piala Dunia… (Wavin’ Flag Palestine!)




2 comments:
betul3x!! sokong! (kepala diangguk perlahan).... :-)
haha. pas ni jangan geleng-geleng plak.
Yeah. wavin' flag..
Post a Comment