7 hari berlalu pergi
Tidak diminta datang tetap jua silih berganti
Hari-hari bersama diri sendiri
Adakah berubah diri ini?
Dosa yang datang nafsu jua merajai
Mengapa terlalu aku ikutkan hati
Kebaikan itu tiada kompromi
Diri..tolonglah mengerti dan memahami
Allah,
Moga hati ini mampu berpaksi iman
Moga iman mampu menundukkan segala fana bisikan
Moga jiwa terus bersinar
Biar tak segah matahari
Cukup dengan biasan yang bisa menghangatkan
Dulu
Diri selalu ke sana kemari
Terleka sana sini itu dan ini
Adakala taubat mengulit hati
Serasa roh kembali
Jiwa dan jasad bersatu hati
Bergerak menuju Ilahi
Kini
Diri selalu ke sana ke mari
Tetap jua terleka sana dan sini
Tambah lagi bila dewasa ini
Lelaki, duniawi...semua ilusi
Tanpa sedar diri berkejar ke sana
Mahupun biar mendekati
Bila lagi hati ini mula dibasahkan
Bila lagi mungkin rasa getaran iman
Lantaran hidup bayangan hanya persinggahan
Perlu kejar akhirat yang penuh pengertian
Moga di sana nanti
Allah mahu melihat diri ini lagi
Kasih di akhirat nanti seperti sayangnya kami di bumi
Walaupun dosa penuh buih di lautan
Ampunan merimbun perlu disyukurkan
Tatkala hati ini bergelar jiwa laksamana
Perlu maju, tegap, gagah melangkah umpama panglima
Biar usaha didahulukan
Redha Allah diutamakan
Biar hidup sedar
Mati waras
Dunia di kiri dalam jagaan
Akhirat di kanan diusahakan
Matlamat menuju Allah tetap kehadapan
~HABIB 7 HARI~
ALWAFIY
4 MAC 2010
”Kalau patah sayap rajawali, bertongkat jua hamba ke mari!”
Assalamualaikum..



No comments:
Post a Comment