Alhamdulillah.
"Ana datang memang nak jumpa antum. Tengok wajah antum. Rindu." Usai bertemu sahabat-sahabat.
*******
Sahabat, kali ini ana nak berkongsi satu perkara yang sering berlaku dalam kehidupan seharian kita. Apo kobondo?? haha. Orait. Korang pernah tak alami situasi, bila mana kita nak sesuatu, kita usaha tahap gila-gila punya, pastu doa sungguh-sungguh biar Allah kasi..but at the end, apa yang kita minta dan usaha untuk dapatkan tetap tidak kunjung tiba..(mean, tak dapat la.)
Terus, muncul beberapa perasaan dalam diri kita. Sedih, frust, kecewa, letih, rasa macam orang gila, putus harapan dll.
Sebagai seorang yang masih waras dan beriman pada Allah, hati kita pun mula ada secebis redha akan ketentuan yang telah termaktub di luh mahfuz. Ya, kita merancang, Allah juga merancang.. Terus, berbekalkan keimanan itu dan lapanganya dada dengan Allah, kita mula beralih laluan, membuka pintu-pintu lain, meneruskan perjalanan di lorong-lorong lain. Ekspresi mengutip kembali semangat yang hilang: ArRuhul Jadid! Ya, pintu dan jalan menuju Allah ni luas. hehehe. Satu pintu tertutup, 10 pintu terbuka untuk kita..insyaAllah.
Terus, bila dah mula beralih laluan dengan yakin, membuka pintu-pintu lain dengan semangat, dan meneruskan perjalanan di lorong lain sampai separuh jalan dengan penuh harapan dan matlamat, tiba-tiba, Allah bagi sesuatu yang tidak pernah terlintas dihati kita akan dapat pada waktu itu...iaitu....ULTRAMEN!!! hahaha. ok2. serius. emm. Allah bagi hadiah. =). Allah bagi apa yang kita minta awal-awal dulu. apa yang kita minta sungguh-sungguh dan apa yang kita usaha macam nak gila tu. Ya Rahman...hebat Allah. Isn't that beautiful? cantiknye Allah lakarkan hidup manusia.
Masa tu lah kaki kita mula kaku. Kita yang yakin, yang semangat mengubah haluan tu berhenti seketika. Hati terdetik, "apa Allah nak bagi pada aku sebenarnya? Apa Allah nak jadikan aku atas dunia ni sebenarnya? kemana Allah nak lempar?..."
Justeru, kita ada satu perkara yang perlu kita buat bila terjadinya sebegini, iaitu, buat pertimbangan. Buat pertimbangan ni termasuklah kita berfikir dan istikharah terhadap apa yang ada dihadapan kita tu. Allah. cantik gile scene ni! Subhanallah.
Terus, moga hati bersih untuk doa dan mohon Allah halakan kita pada yang sepatutnya. sama ada patah balik ke laluan asal, tetap dengan laluan baru, mahupun aambil laluan baru jauh dari dua laluan yang ada. hohoho.
seperti yang kita imani, kita merancang dan usaha sungguh-sungguh, Allah juga merancang, dan perancangan Allah adalah yang terbaik.
Jadi, setelah segala usaha dan kesuluruhan kekuatan berpadu, kita tengok Allah nak kasi kita apa...=)
Sekadar berkongsi. kui3..
Harap bertemu apa yang dicari.
Assalamualaikum.
p/s: Soalan untuk antum suma, "What is your call?". Ana ditanya soalan ni time nak gi interview,...ape maksudnye, korang google le..pastu jawab sendiri. by that you will know, where are you heading to in this life.
p/s2: ana ni..banyak main kan? hehe. selamat berkenalan. =)
4 comments:
Takdir itu letaknya di hujung usaha kita.
Enti memang banyak main. haha..
ye betul dr.Nasih!
Eleh..ye pun same gop.haha
entri yg sgt best, menusuk hati. :) selamat b'kenalan jugak.. and happy eid ul fitr. Assalamualaikum.
QOMA,hihi..suke gak tgok blog awk sgt polos. suke sgt2!!! n..happy eid ul fitr too.
waalaikumsalam warahmatullah.
Post a Comment