Monday, April 11, 2011

SIDRATUL-IMPIANA @ PERAK.FM

MasyaAllah!!!
"Kruuuu…"
"Kruuuuu…"
"Kruuuu.."

"Woi! Ni bukan ayam!"…Hahahaha..

Kami sama-sama gelak lagi. Penuh ikan-ikan bertebaran dalam kolam. Bukan setakat berenang, ada yang buat aerobik, kuak lentang, renang berirama dan…tak kurang yang mencari publisiti depan kami! Fuh!..Ikan-ikan ni,..macam-macam hal. Usai bertemu dengan salah seorang staff di Perak.fm, kami vibrate-vibrate minta izin biar kami bagi ikan-ikan itu makan. Alhamdulillah…permintaan diperkenan.

 hoho..Cik Aish and Izzah..=)

Kali ini IMPIANA kembara lagi ke Ipoh. Hohoho.. Dan kali ini, kali ke dua saya bersama Sufi di Perak.Fm. Teman kakak kami, K.Yani the Photographer untuk ke udara di konti. Slot khas Sidratul Enterprise, setiap jam 6 petang, Rabu.

"Di Sidratul Enterprise, kami mengamalkan konsep pengilangan secara Islam, atau lebih dikenali sebagai IMP-Islamic Manufacturing Practise."

"Dari sudut bahan mentah, pengilang, pekerja dan prosedur-prosedur yang dijalankan, harus menepati syara' "

"Di Sidratul, kami ada beberapa bahagian produk untuk mana-mana customer, usahawan-usahawan orang Melayu yang ingin buat produk."

 K.Yani beraksi di konti..Sufi pun masuk sekali. hehe..

"Pertama, makanan. Makanan ni, termasuklah cereal, rempah ratus dan herba, biskut, dan akan datang, wafer. Kami juga ada buat beverages product dan produk susu. Contohnya, kita ada saffron carbonated drink dan susu bayi HALIB. Selain tu,di Sidratul juga ada produk-produk minuman kesihatan. Contoh yang biasa di pasaran, AWET MUDA. Di sini, kami juga ada kapasiti untuk buat produk-produk kosmetik untuk mana-mana pelanggan yang ingin buat produk-produk kosmetik halal. Kami ada aromaterapi, krim muka, skrub dll…...bla-bla-bla…."

Setiap selang 2 minggu, lebih kurang macam tu lah dialognya. Cuma setiap kali ke udara, akan ada saja perkembangan terbaru dari Sidratul yang diwar-warkan kepada umum. Macam kali ini, kami boleh ditemui di MIHAS! Hohohoho...

Kami, yang melihat Sidratul makin hari makin dewasa, tanpa sedar..orang-orang yang mendokong Sidratul juga makin dewasa dan maju setapak dari dunia sebelumnya. Alhamdulillah. Moga rahmat Allah berterusan untuk mereka yang menggenggam syahadah dan titah Tuhan. Allahumma ameen.

 hehe..mengulat...

p/s: Tahun ni Sidratul di Perak.Fm..selang 3, 4 bulan lepas ni, mungkin jumpa Sidratul & IMP di kaca TV..

Seperti biasa..
Laa Ilahaillallah, Muhammad Rasulullah.
Tiada Tuhan selain ALLAH. Nabi Muhammad itu pesuruh ALLAH.

Harap bertemu apa yang dicari.
Assalamualaikum.

No comments: