Saturday, March 12, 2011

Tidak ada yang bertanya

Assalamualaikum.

"Di sini semua masalah terpecahkan, 
semua pertanyaan terjawab, tetapi
tidak ada yang bertanya."
~Bediuzzaman Said Nursi~

Soal tanya, sering mengaitkan seorang mursyid (penunjuk) atau mua'llim (pengajar) dan seorang tholibun(pelajar).  Teringat saya pesan ustaz Yusof ketika masih di bangku sekolah. Bumi waqafan, madrasah assaanawiyah addiniyah tok jiring.

"menuntut ilmu biar kerana Allah." lafaz ustaz satu persatu.

"macam mana nak buat sesuatu kerana Allah? Ha..yang pertama, niat mesti ikhlas kerana Allah. Kedua, mengikut syariat." jelas ustaz.

Hal ini, saya simpan, mohon sentiasa beramal dan pegang kemas-kemas. Biar selalu beringat dan kuat jauh dari syaitan yang jahat.

Sungguhpun begitu, tiada peneman, petunjuk, pembimbing dan pentarbiyah yang lebih Agung melainkan ALLAH s.w.t. Justeru sahabat-sahabat, mari kita panjatkan syukur tak terhingga buat Tuhan Manusia dan Makhluk dunia.. Mentarbiyah dan mendidik kita sepanjang masa. Indah!

Alhamdulillah, Subhanallah, Allahuakbar!

Alhamdulillah, Subhanallah, Allahuakbar!

Alhamdulillah, Subhanallah, Allahuakbar!

Hope you find what you are looking for.
Assalamualaikum.

3 comments:

Huda Afiqah Hashim said...

Sungguhpun begitu, tiada peneman, petunjuk, pembimbing dan pentarbiyah yang lebih Agung melainkan ALLAH s.w.t. Justeru sahabat-sahabat, mari kita panjatkan syukur tak terhingga buat Tuhan Manusia dan Makhluk dunia.. Mentarbiyah dan mendidik kita sepanjang masa. Indah!

Luv U fillah... :)

seorang hamba~ said...

"Ya Allah, jadikanlah kami golongan yang terpilih mencintai-Mu, mengasihi-Mu dan merindui-Mu tanpa rasa sangsi setulusnya"

p/s:rindu sepertiga malam di kahfi

Unknown said...

sangat rindu dingin malam dan pagi itu. lebih-lebih lagi bersama merdu alunan Al-Kahfi bersama ashabul Kahfi....Ya Allah.
shbt-doa rabitah!