Hometown...Terengganu...Pantai Teluk Ketapang..ICT?
Muhasabah tak mesti dengan perkataan. Tapi berusaha perbaiki kesalahan. Berdiam diri bukanlah kerana ego entah apa-apa. Tapi kerana tak layak untuk berkata-kata. Seharusnya minta maaf pada diri sendiri, kerana mengabaikan amanah yang diberi. Bukan tak perlu minta maaf daripada manusia, tetapi apabila kata maaf teralalu murah, kesalahan itu sebenarnya diambil mudah. Maaf tiada harga jika tak berubah. Tetapi diam lebih bermakna jika mahu sedar silap dan salah.
“Tika wajah penat memikirkan dunia, maka berwudhulah..
Tika tangan ini letih menggapai cita-cita, maka berdoalah,
Tika bahu ini tidak kuasa memikul amanah, maka bersujudlah,
Ikhlaskan semuanya dan dekatilah ALLAH s.w.t.....
Agar tunduk disaat yang lain angkuh...
Agar teguh disaat yang lain runtuh...
Agar tegar disaat yang lain terlempar"

No comments:
Post a Comment